Welcome To ✦ littlecuteladybird.blogspot.com ✦ ..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦

Sunday 8 December 2013

Sahabat.
Kau tahu?
Terkadang aku bertanya.
Cara dan bagaimana kita bertemu.
Kita bertegur sapa buat kali pertama.
Apa hal yang menjadi perbualan.
Bagaimana ekspresinya.
Juga pandangan pertama.

Setiap itu juga aku tak pernah temu jawabnya.
Aku tak pernah tahu bagaimana.
Aku tak pernah ingat ceritanya apa.

Bagi aku kalian kurniaan Dia.
Itu peraturan Dia untuk pertemukan kita.
Itu susunan Dia buat mengajar kita.
Jatuh bangun kita.
Siapa yang kekal di sisi.
Siapa yang berlalu pergi.
Siapa yang ambil peduli.
Siapa yang biar tak perhati.

Bila disuruh memaknakan sahabat itu sendiri.
Sungguh aku tak punya definisi khusus.

Cuma satu.
Aku benar tak pernah mahu semua terhenti di dunia.
Biar kita kembali dipertemu di syurga.

Dan aku cuma mahu kalian tahu.
Walau sudah jarang bertemu.
Ingat sentiasa.
Kalau kita masih berkongsi langit yang sama.

Kirimkan doa.
Aku rindu.


Sungguh.




















Monday 30 September 2013

"
aku -
tak seperti mereka.
yang solatnya terjaga
penuh dengan rasa rendah diri terhadap sang tuhan
mereka yang istiqamah puasa sunatnya
solat dhuha pula seakan wajib
subuh dan asarku tak seperti mereka -
yang selalunya dihiasi bacaan ma’thurat
quran pun terkadang dibiar sepi di rak
tahajud apatah lagi.
aku -
tak sekuat mereka.
mampu terus bertahan saat diasak dengan ujian
mampu tabah bila takdir tak seiring dengan kehendak
mampu terus berdiri saat hati sebenarnya sudah goyah
seringkali diri ini
tenggelam dalam kesedihan dan kelemahan.
aku -
tak punya akhlak seperti mereka.
saat mereka berjubah dan berjilbab indah
diri ini lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt biasa
kata-kataku tak seindah kalam mereka
hingga mampu menembusi hati manusia lain
bicaraku pula, tak selembut bicara mereka.
yang aku tahu
aku tak mampu jadi seperti mereka
tapi aku akan terus berusaha dan berusaha
untuk islah diri sendiri
walau tak mampu jadi seindah mereka :)
"

via-tak seindah pelangi

Thursday 22 August 2013

describe me :(

Dia gadis biasa
Tiada berkedudukan
Tidak bergaya
Tidak mesra
Dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia.
Dia ketawa,
Namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
Dia menangis,
Namun tangisannya tiada didengari manusia
Orang berkata;
'Kau sombong.'
Dia tersenyum
‘Kau berpura-pura baik’
Dia tersenyum lagi.
Berpaling mukanya ke suatu sudut,
Hatinya bagai dihempap beban yang berat,
Mengalir air matanya. Sayu.
Sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah.
Sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah.
Sungguh, dia tidak sekuat Fatimah.
Dia bukan yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah.
dan seringkali lalai dalam agama.
Dalam tangisannya,
Hatinya kuat berkata;

‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia.’
Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.

“Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. 
Namun… wanita solehah itu pelengkap dunia- dan pelengkap itu sempurna.”
Itulah dia.
Dia yang mahu redha Allah.
Dia yang mahu Sorga Allah.
Dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh.
Senyum.
- si kalut~ (via sipayung-merah)

Wednesday 14 August 2013

Hari Hari Hari Raya
hari hari hari raya lah sangat -_- 
btw selamat hari raya kepada all blogger or reader yg maii singgah kat 
blog daku yang tak seberapa nieyh :D

"Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget"












S.O.R.R.Y
to MarDya , Umairah , Ain , Dayah , Buyah  sebab tak dapat 
beraya sama-2 kat kampung serious jeles gila tengok pic raya korang . ini first time
raya kita tak dapat jumpa sama-2.. sOoo cediyh T.T





Friday 9 August 2013

Noor Amira Maisara binti Azahar


           Noor Amira Maisara binti Azahar..  


Ehem'ehem'ehem!! hye blogger or reader semua!!!haaaa nampak tak nama atas nie  nampak tak??  dah besar gedabak cenggitu kalo xnampak lagy xtawlaa...harinie aku nak story mory sikit pasai orang berkenaaan hahahaha... siapakah beliau??

.
.

.
.
.


TADAAAA!!!!!

inilah orangnyaaaaaaaa


Tuan empunya milik nama nie tersangatlah kecik molek orang.. sukaa tengok dy lahaii cam bebudak tapi realitinya dy  tua setahun dari aku.. k tersangat lah jelez dengan orang orang yang ketegori baby face gini

sebenarnya kitorang tak sengaja berkenalan.. kitorang mula-mula tegur masa ambil test com dekat MyEg Simpang pulai.. Dialah yang tegur aku dulu.. gila tak sangka yang dia akan tegur..huhuhu dah lerr aku nie jenis xtaw nak cakap apa bila jumpa orang yang baru kenai..rase awkward giller masa tuh tapi dalam hatii happyy gillaa Yess!! yess!! ad jugak kawan nak ambik lesen.. Sebelum dia tegur tuh aku sebenar tengah nak ingat.. sebab macam ku pernah lihat dia nie tapi dimana ekk ?? 

rupa-rupa nya dia nie kawan senior aku dulu and pernah kerja dekat KFC sementara tunggu result SPM harituh.. kepatutan lah seperti pernah ku lihat.. 

semanjak dari tempat test com tuh .. dia contact aku kat facebook sbb nak tahu pasai BL1M disebabkan aku rasa cam payah sgt contact pakai fb nie .. aku pown tanpa segan silu minx no dy.. since dari tuh kitorang pown teros jadi kawan.. kekadang gila aku dibuat nya.. hahaha best kawan dengan dia nieyh tarak menyesal punya meyh.. tak sangka perangai dia gegila jugak 2x5 cm aku hahaha and tak sangka jugak kitorang boleyh jady rapat n still contact  sampai sekarang.. 
dan yang paling tak sangka sekali dia bace post-2 dalam blog aku nie update post pasai aku dekat blog dia.. gila terharuu.. happy gilakkk sampai rase macam nak pecah pipi nie bace post tuh..
malu woii maluuuuu


see~ sahabat kekadang muncul tak dijangka 
tak kira tempat tak kira masa
kadangkala kita sendiri akan tak sangka
yang dia akan menjadi
sahabat yang kita akan sayang

sahabat
aku sayang kau sebab Allah
Ini bukan ayat jiwang islamik
tapi betul, aku sayang semua sahabat aku sebab Allah

tanpa Allah kita tak mungkin bertemu dah bersahabat seperti sekarang 




                                                                                             


                                                                       nie link blog dia:. http://airasara.blogspot.com/







Monday 5 August 2013

aku cumalah gadis biasa yang punya cita dan impian yang besar
gadis yang hidup dengan penuh imaginasi

tatkala yang lain menganggap kata-kataa ku cuma khayalan dan angan angan
kau sentiasa memberi kata-kata perangsang yang bisa membuat aku
bangkit serta mengejar kembali apa yang aku cita

tatkala yang laen telah lelah mendengar bicara aku
kau sentiasa setia mendengar dan memberi pandangan

tatkala yang laen meminggir kan aku
kau sentiasa ada bersama aku
mendengar cerita dan omong-2 kosong dari aku

Ya Kau .. Kau..
yang hadir dalam hidupku
dalam satu perkenalan yang tidak dijangka..
yang mulanya hanya sekadar pandangan kosong antara satu sama lain

kau pada mula hanya orang asing bagi aku
yang tak pernah kujangka akan hadir
menjadi salah satu watak dalam kehidupan..

tapi kerana kesungguhan untuk mengenaliku
kau akhir nya berjaya menemui ku di laman sosial.

 kita kian rapat hingga terkadang
sampai kepagi kita berinteraksi
kau tak sekali pon pernah jemu
melayan karenah ku..

tapii..

semua itu hanya tinggal memori ..
Ya aku masih ingat bagaimana berita
pemergian kau sampai ke pengatahuanku

selepas tamat kelas tambahan b.inggeris
aku terserempak dengan kwn-2 sekelas disekolah
sedang aku sibuk bergelak ketawa bersama teman-2 ku
aku menerima panggilan daripada ibu ku

ibuku menyuruh ku utk memberitahu ayah
supaya segera mengambilnya..
lalu aku bertanya mengapa?
ibuku berkata lagii..
anak rakan nya telah meninggal dunia..
aku bertanya lagy.. SIAPA..???
ibu aku membalas
*nama kau disebut*

akubagai tak percaya lalu bertanya lagy dan lagy
sampai aku sendiri tak sanggup mendengar lagy dan
menekan button off

berlinang air mata mengalir
jari aku tak henti henti mendail no kau
dan berharap kau menjawab..
tapi malang semua nya tak berbalas dan berangkat

aku maseh berharap kau hidup
sehinggalah...
aku melihat sebujur tubuh yang terbaring kaku dihadapan aku
ya itu kau.. KAU...

bagai tak percaya..
kerana sehari sebelum pemergian kau
kau sempat menegur ku dilaman facebook
mungkin itu kata-2 terakhir bagi kau untukku

Maafkan aku tidak memenuhi segala kataku
maaf aku kawan kerna banyak
mengabaikan kau disaat-saat akhir
kehidupan kau..MAAF KAN AKU


begitu Peritnya kenyataan itu....

Aku sentiasa berharap agar dapat bertemu Kau di atas sana.. IN SHAA ALLAH :)







Sunday 2 June 2013

Ada banyak benda nak diluahkan dari dasar hati.
Ada banyak rahsia tersembunyi di sanubari.
Ada banyak duka yang dipendam menyakitkan diri.

Percayalah.
Walaupun tidak diluahkan pada sesiapa pun.
Allah telah lama tahu.
Allah telah dulu tahu.
Allah lebih dulu mengerti.
Setiap rahsia hatimu.

“Kalau macam tu, tak perlulah doa luah pada Allah. Allah dah tahu segala.”
Allah memang Maha Mengetahui. 
Cuma Dia mahu tengok..
Adakah Dia yang kau cari?
Tidak peduli, luahkan juga segala rintihan hati.

Besarnya erti tangan yang menadah.
Berdoa pada Tuhan.
Luasnya makna,
hati dan bibir yang menyeru.
Nama Tuhannya.

Tapi kita terus menerus.
Merintihnya banyak.
Berdoanya tidak.

—Muhammad Rusydi (via islahnafsi)

Saturday 30 March 2013

pernah aku termangu seketika dan mengalamun memikirkan apakah 
perasaan aku jika andai kata aku kehilangan orang yang menyayangi aku .
.lalu hati aku berbisik "ish anem apa yg kau merepek nie. xmungkin semua tuh akan berlaku kat kau XMUNGKIN!! XMUNGKIN!!.. orang yang menyayangi aku
 pasti akan sentiase ada untuk aku.. hummphh dah lah 
buat ap pikir bende yang takkan berlaku "..

*aku tak tahu jika semua nie kebetulan atau petunjuk 
yg Allah nak bagy kat aku sebelum pemergian arwah
 dan aku tak tahu kenapa aku boleh fikir sampai macam tuh . yang pasti 
kita manusia hanya mampu merancang dah Allah yang menentukan semua nya :)
dan yang pasti aku amat merindui Dia





Tuesday 19 February 2013

DUHAI CALON SUAMI DUNIA AKHIRATKU..~ [copied]


Ku titipkan warkah ini buatmu walaupun jauh untukku bertemu denganmu..
wahai dirimu yang sedang dinanti..sabarkanlah aku dalam menempuhi denai-denai penantian dunia..

Duhai calon pemilik tulang rusukku..
Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu. Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Akan ku berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus..

Duhai calon imam dalam solatku..
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.
Dengan deru doamu seiring 'aamiin' dari lisanku..Dalam hening malam
air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa..

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku tersungkur dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu..

Duhai calon pengusap air mataku...
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..

Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita...
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahid mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri,
agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa,
engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang
engkau miliki,
karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan qabul darimu..
Yang menyambut ijab dari waliku..
Insya Allah, sedia menanti di sini..~
 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.