Welcome To ✦ littlecuteladybird.blogspot.com ✦ ..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦

Thursday 22 August 2013

describe me :(

Dia gadis biasa
Tiada berkedudukan
Tidak bergaya
Tidak mesra
Dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia.
Dia ketawa,
Namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
Dia menangis,
Namun tangisannya tiada didengari manusia
Orang berkata;
'Kau sombong.'
Dia tersenyum
‘Kau berpura-pura baik’
Dia tersenyum lagi.
Berpaling mukanya ke suatu sudut,
Hatinya bagai dihempap beban yang berat,
Mengalir air matanya. Sayu.
Sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah.
Sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah.
Sungguh, dia tidak sekuat Fatimah.
Dia bukan yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah.
dan seringkali lalai dalam agama.
Dalam tangisannya,
Hatinya kuat berkata;

‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia.’
Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.

“Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. 
Namun… wanita solehah itu pelengkap dunia- dan pelengkap itu sempurna.”
Itulah dia.
Dia yang mahu redha Allah.
Dia yang mahu Sorga Allah.
Dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh.
Senyum.
- si kalut~ (via sipayung-merah)

0 comments:

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.