Welcome To ✦ littlecuteladybird.blogspot.com ✦ ..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦

Saturday 29 September 2012

sebut jea Yasmin j hunwick pasti ramai blogger n tweeterian yang dah tahu pasal kejadian malang yang menimpa arwah,.. Arwah bersama 2 lagy rakan telah terlibat dalam satu kemalangan yang  membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah yang juga telah meragut nyawa  Yasmin Johan eusoffe, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afiqah Aaina Ridzuan, 19. YASMIN HUNWICK  jadi Trending dalam Twitter. Sebelum dia pergi, macam2 benda yang dia luahkan kt Twitter. She such a beautiful muslim.  Al-Fatihah~

aku mengetahui kisah yasmin melalui facebook selepas 2 hari kejadian berlaku.. then aku post kisah dia dekat facebook dan ramai yang sedekah kan al-fatihah.. dan aku jugak tak sangka cousin kepada nur afiqah ainaa yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut memberi komen dekat post aku.



aku jugak merupakan salah seorang follower blog arwah yasmin.. arwah seorang yang berbakat .. siapa saja yang membaca penulis arwah di blog pasti akan tergelak.. hampir semua entry di blog arwah aku baca.. walaupown aku tak pernah kenal dengan arwah.. tapi bila baca blog dia aku rasa, macam dah lama kenal arwah.. now blog maseh ada n ibu arwah yang pegang blog tuh sekarang..
daripada penulisan ibu arwah aku dapat tahu arwah seorang anak yang baik. arwah jugak seorang yang cemerlang dalam bidang akademik.
aku harap suatu hari aku dapat melawat kubur arwah .. Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, korang boleh ke blog miliknya . http://www.misschronicz.blogspot.com/ or pergi ke page territory yasmin j hunwick https://www.facebook.com/TerritoryYasminJHunwick?fref=ts


Takziah penulis ucapkan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insyallah..













Friday 28 September 2012


Sahabat,
saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap.. Tak akan ku berkata.. Namun ku hanya akan diam.. Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan. Tak akan ku luahkan.. Yang ku lakukan hanyalah diam..

Sahabatku,
saat kau mencintai seseorang, Maka cintailah ia dalam hening. Dalam diam.. Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari. Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan. Jangan kau leraikan rasamu itu. Dan,percayalah pada Takdir.. Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kita.. Jadi, apa yang kau risaukan? Biarkan Allah yg mengaturnya, Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu.. Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam, Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Sahabatku ,
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu.. Hingga saatnya tiba.. Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya? 
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..

Dalam jeruji kesetiaan.. Maka cintailah dlm hening. Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu, Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..

Sahabat... yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya.. Maka, peganglah kendali hatimu, Lalu..Arahkan pdNya.. Dan cintailah dalam diam.. Dalam hening.. Itu jauh lebih indah.. Jauh lebih suci..InsyaAllah Ameen ya Rabbal Alamin..~ 

semoga dia adalah jodohku..

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku dan tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan….
dia bukan miliku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan gantikanlah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau mahamengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan diakhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dankemungkaran…

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh…
Amin.. Ya Rabbal A’lamin

Tuesday 25 September 2012

Aminkn doa ni..

"Ya Allah,hatiku merintih mahukan dia.. jika dia jodohku, permudahkanlah urusan ini dan Jadikan Dia Jodohku Yang Terbaik tetapi jika dia bukan jodohku permudahkanlah aku untuk melupakan dia"

 Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis

nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.

Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga
 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.