Welcome To ✦ littlecuteladybird.blogspot.com ✦ ..Do Follow Me? Back To Dashboard
✦ Domokun ✦

Friday 14 December 2012

:)





“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. dia dah takde sapa dalam idop nie kecuali aku, tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu  . aku xnk permain kan perasaan dia lagy .. aku bukan sengaja nak tinggal kan dia tapi perasaan nieyh tiba-2 hilang. aku dah cuba hadirkan balik perasaan tu untuk dia balik. tapii... xboleh !! aku sayang dia kenapa Allah hilang kan perasaan tuh.. xkn la aku nak teros kan hubungan kalo hati aku kosong”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas beberapa hari

“weyh sakarang aku tahu kenapa Allah hilang perasaan cinta aku kat dia… salah aku weyh mohon bende-2 mcm tuh”

“kenapa? apa yang dah jadi…? apa yang kau mohon kat Allah?”

“Semalm aku pikir kan kenapa bende nie semua terjadi kat aku padahal aku sayang dia, cinta dia, setia dengan dia ,dan  aku xpernah curang pown ”

“so? lepas tu?”

“tiba-2 aku baru teringat yang aku pernah minta Allah kurang kan rasa cinta aku pada dia kalo dia buat bende-2 yang aku tak suka kat belakang aku. masa tu aku pikir dengan cara tuh dy xdpt nak bohong lagy. kau ingat xmacam mana dia tipu aku harituh, ramai orang kata yang dia pergi function tapi dy mati matian cakap dia tak pergi..lagy satu dia tuh suka race.aku tak suka dia pergi race.aku xtaw apa lagy yang dy buat kat blakang aku  sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“kalo dah jodoh pasti x kemana .janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”

0 comments:

 
All Right Reserved @ 2012.
✦ Domokun ✦ Land Was Design By Nabila Medan.